TEORI IVAN PAVLOV

TEORI IVAN PAVLOV

Ivan Petrovich Pavlov dilahirkan di Rjasan pada tanggal 18 September 1849 dan wafat di Leningrad pada tanggal 27 Pebruari 1936. Ia sebenarnya bukanlah sarjana psikologi dan tidak mau disebut sebagai ahli psikologi, karena ia adalah seorang sarjana ilmu faal yang fanatik. Eksperimen Pavlov yang sangat terkenal di bidang psikologi dimulai ketika ia melakukan studi tentang pencernaan. Dalam penelitian tersebut ia melihat bahwa subyek penelitiannya (seekor anjing) akan mengeluarkan air liur sebagai respons atas munculnya makanan. Ia kemudian mengeksplorasi fenomena ini dan kemudian mengembangkan satu studi perilaku (behavioral study) yang dikondisikan, yang dikenal dengan teori Classical Conditioning. Menurut teori ini, ketika makanan (makanan disebut sebagai the unconditioned or unlearned stimulus – stimulus yang tidak dikondisikan atau tidak dipelajari) dipasangkan atau diikutsertakan dengan bunyi bel (bunyi bel disebut sebagai the conditioned or learned stimulus – stimulus yang dikondisikan atau dipelajari), maka bunyi bel akan menghasilkan respons yang sama, yaitu keluarnya air liur dari si anjing percobaan. Hasil karyanya ini bahkan menghantarkannya menjadi pemenang hadiah Nobel. Selain itu teori ini merupakan dasar bagi perkembangan aliran psikologi behaviourisme, sekaligus meletakkan dasar-dasar bagi penelitian mengenai proses belajar dan pengembangan teori-teori tentang belajar.

Pada awal tahun 1900an, seorang ahli fisiologi Rusia bernama Ivan Pavlov menjalankan satu siri percubaan secara sistematik dan saintifik dengan tujuan mengkaji bagaimana pembelajaran berlaku pada sesuatu organisme. Pavlov mengasaskan kajiannya pada ‘hukum perkaitan’ (Law of Association) yang di utarakan oleh ahli falsafah Yunani awal seperti Aristotle. Menurut pendapat ini, sesuatu organisme akan teringat sesuatu kerana sebelum ini organisme berkenaan telah mengalami sesuatu yang berkaitan. Contohnya, apabila kita melihat sebuah kereta mewah, kita mungkin membuat andaian pemandu itu adalah seorang kaya atau seorang terkemuka. Andaian ini bergantung kepada pengalaman kita yang lampau.

Eksperimen Menunjukkan Pelaziman Klasik
Berdasarkan hukum perkaitan ini, Pavlov mencadangkan bahwa proses asas pembelajaran ialah pembentukan perkaitan antara RANGSANGAN (R) dan sesuatu GERAK BALAS (G). Pavlov cuba membuktikan teori pembelajaran ini dengan menjalankan kajian ke atas anjing (lihat peralatan eksperimen di sebelah). Dia dapati bahawa apabila anjing melihat bekas dengan makanan, air liur haiwan itu keluar. Dia membuat kesimpulan bahawa anjing tersebut telah ‘belajar’ mengaitkan bekas makanan yang dilihat dengan makanan yang akan diberikan kelak. Pavlov melanjutkan kajiannya dengan menguji hipotesis bahawa sesuatu organisme boleh diajar bertindak dengan pemberian sesuatu rangsangan.

Apakah kesimpulan yang dapat dibuat daripada kajian Pavlov?

1) Penguasaan (Acquisition)
Penguasaan atau bagaimana organisme mempelajari sesuatu gerak balas atau respons baru berlaku berperingkat-peringkat. Juga lebih kerap organisme itu mencuba, lebih kukuh penguasaan berkenaan.

2) Generalisasi (Generalisation)
Dalam eksperimennya, Pavlov juga telah menggunakan bunyi loceng yang berlainan nada, tetapi anjing itu masih mengeluarkan air liur. Ini menunjukkan bahawa sesuatu organisme yang telah terlazim dengan dikemukakan sesuatu rangsangan tak terlazim (RTT seperti loceng) juga akan menghasilkan gerak balas terlazim (GT = keluar air liur) walau pun rangsangan itu berlainan atau hampir sama (iaitu, nada loceng yang berlainan). Dengan perkataan lain, organisme itu dapat membuat generalisasi bahawa bunyi yang berlainan atau hampir sama mungkin diikuti dengan gerak balas (makanan).

3) Diskriminasi (Discrimination)
Pvlov juga dapati bahawa apabila dia menukar nada bunyi loceng, anjing itu masih mengeluarkan air liur. Bila nada bunyi loceng itu jauh berbeza daripada bunyi loceng yang asal, anjing berkenaan tidak mengeluarkan air liur. Ini menunjukkan bahawa organisme berkenaan dapat membezakan atau mendikriminasi antara rangsangan yang dikemukakan dan memilih untuk tidak bertindak atau bergerak balas. Iaitu, sesuatu organisme berkebolehan untuk bergerak balas kepada sesuatu rangsangan tetapi tidak kepada rangsangan yang lain.

4) Penghapusan (Extinction)
Sekiranya sesuatu rangsangan terlazim (loceng) tidak diikuti dengan rangsangan tak terlazim (makanan), lama kelamaan organisme itu tidak akan bergerak balas. Iaitu, gerak balas berperingkat-peringkat terhapus.
Ivan Petrovich Pavlov (1849 – 1936)

Pos ini dipublikasikan di pendidikan. Tandai permalink.

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s