TEORI ALBERT BANDURA

Albert Bandura dilahirkan pada tahun 1925 di Alberta, Canada. Dia memperoleh gelar Master di bidang psikologi pada tahun 1951 dan setahun kemudian ia juga meraih gelar doktor (Ph.D). Setahun setelah lulus, ia bekerja di Standford University.
Albert Bandura sangat terkenal dengan teori pembelajaran sosial (Social Learning Theory), salah satu konsep dalam aliran behaviorisme yang menekankan pada komponen kognitif dari pikiran, pemahaman dan evaluasi. Albert Bandura menjabat sebagai ketua APA pada tahun 1974 dan pernah dianugerahi penghargaan Distinguished Scientist Award pada tahun 1972.

Albert Bandura adalah pakar psikologi terkenal. Beliau me-ngemukakan teori yang kemudiannya lebih dikenali sebagai teori pembelajaran sosial. Teori Bandura mengatakan sikap, tabiat dan tingkah laku individu itu ditiru dan dipelajari daripada interaksinya dengan masyarakat iaitu daripada interaksi dengan orang lain. Apabila orang itu menganggap suatu sikap ataupun tabiatnya tidak disukai, malah dia mungkin dihukum oleh orang di sekelilingnya, maka dia memilih sama ada mahu meneruskan ataupun mengubah sikap dan tabiatnya itu.

Bandura mengatakan individu meneruskan ataupun mengubah sikap dan tabiatnya kerana adanya faktor-faktor pengukuh yang mempengaruhi perilakunya. Menurut Teori Bandura, ada dua jenis faktor pengukuh. Yang pertama adalah faktor-faktor luar diri individu, iaitu perkara-perkara yang dialaminya secara langsung akibat perilakunya. Salah satu contoh faktor pengukuh adalah pujian dan kutukan yang diterima selepas orang itu melakukan sesuatu perbuatan. Faktor pengukuh kedua adalah faktor-faktor yang datang daripada sistem-sistem yang wujud dalam diri individu itu sendiri. Sistem-sistem seperti konsep diri dan estim diri wujud dalam jiwa tiap-tiap individu. Sistem-sistem itu mempengaruhi sikap, tabiat dan perilaku individu itu.

Orang di sekeliling menjadi sumber pelajaran kepada individu melalui proses-proses berikut:
Orang lain memberi ganjaran ataupun hukuman bagi sikap, tabiat dan perilaku individu lain. Sebagai contoh, apabila individu itu menunjukkan sikap yang dianggap betul, mereka memujinya dan mereka tidak mengutuk ataupun menghukumnya. Daripada pujian-pujian ataupun kutukan mereka, individu itu belajar apa yang disebut sebagai peraturan-peraturan masyarakat. Pujian-pujian dan kutukan-kutukan orang lain dapat mempengaruhinya supaya meneruskan ataupun mengubah sikap dan tingkah lakunya.

Daripada orang di sekeliling, individu itu belajar apa yang disebut role-playing atau main-peranan. Setiap hari, seseorang itu melakukan main peranan kerana dia selalu membayang-kan dirinya berfikir, berbuat dan berasa seperti orang lain. Individu itu membayangkan apa yang akan dilakukan dan apa yang akan dikatakan oleh orang lain ke atas dirinya. Dia juga membayangkan apabila dia sendiri yang berada dalam keadaan mereka, apa yang akan dilakukannya ataupun apa yang akan dikatakan.
Orang lain juga menjadi sumber sikap, tabiat dan tingkah laku individu. Salah satu faktor yang dapat mempengaruhi pe-mikiran dan perilaku seseorang adalah individu-individu lain. Individu yang dapat menyebabkan orang lain terpengaruh olehnya di sebut model.

Menurut Bandura, kebanyakan daripada perilaku seseorang adalah kesan daripada pengaruh model. Ini terjadi melalui apa yang disebut role-model atau model peranan. Individu itu mempelajari dan mengamalkan suatu sikap, tabiat dan tingkah laku dengan memerhatikan sikap, tabiat dan tingkah laku orang lain di sekelilingnya. Orang yang ditiru disebut model.

Semasa individu itu masih kecil, model utamanya adalah ibu bapanya. Semasa remaja, model utama adalah remaja-remaja lain, terutama mereka yang sama-sama menganggotai kumpulan sendiri. Pakar-pakar psikologi mengenal pasti dua tempoh lain di mana model-model berpengaruh ke atas diri individu iaitu tempoh krisis pertengahan usia iaitu sekitar usia 40 tahun dan tempoh dalam persaraan. Dalam tempoh-tempoh remaja, krisis pertengahan usia dan persaraan, individu itu banyak mempengaruhi diri sendiri supaya sama ada mengikut kebiasaan di alam masyarakat ataupun melawan kebiasaan-kebiasaan itu.

Antara kegiatan yang lazim diamalkan oleh para pendakwah adalah menghukum perbuatan-perbuatan orang lain dengan mengenakan ‘hukuman-hukuman lisan’. Sesekali para pendakwah perlu ber-dakwah dengan hanya memuji-muji sasaran mereka kerana puji-pujian mempunyai kuasa ajaib ke atas perubahan tingkah laku manusia. Puji-pujian mempunyai tenaga luar biasa yang mampu mendorong individu yang dipuji mengekalkan tingkah laku yang dipuji itu. Terdapat pendakwah, apabila berucap, mereka sebenar-nya mengucapkan kata-kata yang membawa konotasi mereka mencela orang yang perbuatannya tidak disukai kerana perbuatan-perbuatan mereka itu dikatakan bertentangan dengan apa yang didakwahkan. Si pendakwah berharap dengan menjatuhkan hukuman lisan ke atas individu-individu itu ia mengubah tingkah laku mereka. Hasil kajian mendapati celaan tidak berkesan bagi tujuan mendorong orang mengubah tingkah laku negatif kepada positif. Oleh itu, apabila individu itu dicela, dia berfikir sama ada mahu meneruskan tingkah lakunya sekarang ataupun memberhenti-kannya, tetapi biasanya dia meneruskannya.

Diri individu itu sendiri adalah sumber pengaruh yang besar dan kuat ke atas sikap dan tingkah lakunya. Jiwa, perasaan dan fikiran individu dapat mempengaruhi sikap dan tabiat-tabiatnya di mana ketiga-tiganya mempunyai kaitan yang rapat dengan konsep diri individu itu. Sebagai contoh, katakan individu itu suka bercakap berterus terang. Dia tidak suka orang yang bercakap berbelit-belit ataupun berlapik-lapik. Ada kalanya, orang di sekeliling individu itu memuji sifat itu, tetapi ada kalanya mereka mengkritik dan mengutuk. Namun perkara paling utama menentukan sikapnya adalah apa yang dia sendiri fikir berkenaan dirinya. Adakah pada fikirannya, sikap yang suka berterus terang itu baik ataupun buruk?

Menurut Bandura, individu itu cenderung berfikir sikap-sikapnya adalah baik. Individu yang bersikap suka berterus terang cenderung mengingat peristiwa apabila ada orang memujinya kerana sikapnya yang berani berterus-terang dan tidak berpura-pura. Tetapi, sekali-sekala apabila ada orang mengutuk, dia tetap berpendapat sikapnya itu baik kerana sekurang-kurangnya dia dapat mendedahkan kepura-puraan orang lain. Oleh sebab itu, individu itu akan terus mempertahankan sikapnya yang suka berterus-terang itu dan dia tidak mahu mengubahnya walaupun ada orang cuba memujuknya supaya mengubahnya.

Kajian Bandura mendapati, individu-individu yang mempunyai estim rendah tidak banyak memperkukuhkan sikap dan tabiat mereka sendiri. Sebaliknya individu-individu yang memiliki estim tinggi banyak melakukan perkara itu. Mereka banyak mendengar kata hati mereka. Itulah sebab individu-individu berestim tinggi sukar dipengaruhi oleh orang lain berbanding dengan orang yang memiliki estim rendah. Ini adalah faktor yang dapat menjelaskan mengapa sesetengah individu mudah meniru orang lain, manakala sesetengah individu sukar dipengaruhi, sebaliknya mereka mahu supaya diri mereka ditiru oleh orang lain. Tingkah laku suka meniru-niru orang lain adalah petanda estim rendah. Justeru bangsa yang suka meniru-niru bangsa lain adalah bangsa yang mempunyai estim rendah.

Tiap-tiap orang mempunyai banyak model. Daripada segi pakaian individu mungkin terikut-ikut seorang model daripada segi bercakap dia mungkin meniru-niru model lain. Daripada segi makanan dia mungkin meniru-niru model lain pula. Para remaja meniru-niru gaya dan tingkah laku tokoh-tokoh remaja pujaan mereka. Orang politik meniru-niru gaya kepimpinan tokoh-tokoh politik yang mereka kagumi. Namun, ada individu-individu yang enggan terikut-ikut orang lain kerana mereka mempunyai jiwa merdeka. Barangkali orang lain pula yang terikut-ikut dan meniru-niru gaya mereka. Perbuatan meniru-niru orang lain mempunyai kebaikan. Apabila tabiat yang kita tiru adalah tabiat-tabiat positif seperti bersedekah, belajar ilmu-ilmu baru dan rajin bekerja. Sikap ini mempunyai keburukan apabila individu itu meniru-niru perbuatan yang tidak ada kebaikan malah membawa mudarat kepada diri sendiri.
Sesekali terdapat tokoh pendakwah yang berjaya menjadi model yang ditiru-tiru oleh kumpulan sasaran dakwah mereka. Antara yang terkenal adalah Anwar Ibrahim. Walau bagaimanapun majoriti pendakwah tidak menjadi model yang ditiru-tiru kerana gaya mereka berceramah tidak membangkitkan rasa kagum kepada kumpulan sasaran dakwah mereka.
Teori Bandura mempunyai implikasi kepada kita apabila cuba mempengaruhi orang lain supaya mengubah sikap mereka. Ramai penceramah gagal menjadikan diri mereka sebagai model berkarisma bagi ditiru oleh orang yang mereka cuba pengaruhi.

Salah satu puncanya adalah sikap penceramah-penceramah itu sendiri yang suka mengemukakan isi ceramah mereka dengan menggunakan gaya bahasa negatif. Oleh sebab itu, mereka tidak mencerminkan sikap positif padahal sikap positif adalah unsur penting bagi karisma.

Pos ini dipublikasikan di informatika, komunikasi, pendidikan, sosial. Tandai permalink.

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s